DearTime menjadikan insurans pekerja berpatutan, ringkas dan dapat diakses dengan proses digital sepenuhnya dan mengembalikan kualiti hidup pekerja anda pada waktu memerlukan.
Tunjukkan kepada pekerja yang anda sayangi mereka. Inilah yang kami tawarkan
Berpatutan
Tiada Komisen
Kami menjual produk insurans kami terus kepada anda tanpa komisen pihak ketiga.
Tiada Penangguhan
Masa adalah wang. Jimatkan masa anda dengan mendapatkan sebut harga segera dari kami melalui laman web kami.
Ringkas
Pengurusan yang Mudah
Ubah perlindungan dan bilangan pekerja bila-bila anda mahu. Insurans pekerja diperbaharui secara automatik dengan sebut harga penuh.
Tuntuan Mudah
Pekerja anda mengimbas muka untuk membuat tuntutan secara langsung dari kami tanpa perlu membuat tuntutan melalui majikan.
Boleh Diakses
Semua Orang
Dengan Deartime, perusahaan kecil dan sederhana berserta “start-up” mampu membayar insurans pekerja.
Dimana-mana
Uruskan insurans pekerja anda di mana sahaja anda berada. Sembang / panggilan langsung untuk mendapatkan bantuan.
Mengapa Saya Perlu Membeli Insurans Pekerja?
Tunjukkan pekerja anda yang anda sayangi mereka
Menawarkan insurans pekerja menunjukkan kestabilan syarikat anda dan keprihatinan anda kepada pekerja.
Memupuk penghargaan pekerja yang lebih kuat
Insurans pekerja yang mencukupi merupakan salah satu sumber motivasi utama pekerja anda untuk terus setia dengan syarikat anda.
Meningkatkan semangat dan produktiviti
Insurans pekerja memberi ketenangan kepada pekerja anda sekiranya berlaku kecelakaan semasa bekerja.
Meminimumkan gangguan perniagaan
Pekerja anda boleh mendapatkan rawatan perubatan segera untuk pemulihan yang cepat untuk kembali bekerja.
Meningkatkan potongan cukai
Premium insurans boleh ditolak cukai sebagai perbelanjaan yang dibenarkan.
Proses kami digital sepenuhnya, menjadikannya mudah untuk anda dan pekerja anda

Beli
Tambahkan pekerja dan bayar premium dalam talian.
Tambah Pekerja
Tambahkan pekerja satu persatu atau muat turun platfom excel untuk penambahan pukal.
Bayar Premium
Kaedah pembayaran FPX (untuk pekerja baru, penerimaan dalam aplikasi mereka diperlukan).
Pembaharuan automatik
Insurans pekerja diperbaharui secara automatik pada tarikh akhir berikutnya dengan sebut harga penuh segera.
Ubah
Urus insurans pekerja dalam talian.
Buang Pekerja
Anda boleh berhenti membayar premium bagi pekerja yang telah berhenti bekerja dengan anda.
Ubah Perlindungan
Menambah/mengurangkan perlindungan bila-bila masa (untuk penambahan perlindungan, penerimaan dalam aplikasi pekerja diperlukan).
Ubah Tarikh Akhir
Pilih tarikh akhir premium dan frekuensi premium yang anda inginkan.


Tuntutan
Tiada tindakan diperlukan dari pihak majikan. Pekerja boleh menuntut terus melalui aplikasi
Imbas Muka
Pekerja memilih perlindungan untuk menuntut dan mengimbas wajah mereka untuk pengesahan.
Kod Kilat
Kod tuntutan unik akan muncul. Pekerja memaparkannya di hospital panel kami.
Tunggu Wang
Tiada tindakan selanjutnya. Wang tuntutan yang diluluskan akan disimpan dalam masa 7 hari.